Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Disini cuba saya kongsikan sedikit sebanyak berkenaan lombong emas di Malaysia.Mengikut pengetahuan hari ini penemuan emas di semenanjung Malaysia terdapat di jalur tengah,bermula dari Batu Melintang di Kelantan,menuju ke selatan iaitu Sokor,Selinsing,Raub,Cenderas hnggalah ke gunung Ledang di Johor.Penemuan terkini yg telah di buat iaitu berada di jalur timur di kawasan Mersing,Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.
Kebanyakkan Pelombong-pelombong emas di Malaysia hanya terhad kepada beberapa kawasan sahaja,iaitu di kawasan jalur tengah yg terbentang luas dari tanah tinggi Batu Melintang,Jeli,Kelantan sehingga ke gunung Ledang di Johor.Lombong terbesar yg di katakan masih aktif di Malaysia ialah di Pejom,Kuala Lipis.Dikatakan ia mampu mengeluarkan hampir 95% bagi pengeluaran emas di Malaysia.Selain dari itu juga dikatakan masih ada 5 lombong di Jeli dan 6 lombong diselatan kawasan Raub,iaitu Kuala Lipis di Pahang yg masih lg aktif untuk aktiviti Perlombongan Komersial.
Lihat Senarai Harga Emas Kami Di Ruang Harga Semasa
No comments:
Post a Comment