Monday, 17 June 2013

Rahsia Emas



Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Saya percaya masih ramai lg yg mengunakan emas tp tidak mengetahui apa rahsia emas yg digunakan dalam kehidupan seharian manusia.Disini sy cuba terangkan secara ringkas berkenaan emas...

Apa itu Emas?


Emas mempunyai banyak jenis emas didalam kehidupan seharian manusia.Dari yg berbentuk biji-bijian hingga terhasilnya sesuatu bentuk barang perhiasan.Emas juga terdiri dari pelbagai warna dan beratnya,belum lg dilihat dalam sudut campuran elektron sehinggakan emas menjadi warna putih.Begitu banyak emas yg dijadikan produk samada dlm bentuk gold bar,gold coin,dinar emas dan juga barang perhiasan.Manakah yg paling sesuai digunakan sebagai saranan pelaburan@investment?

Ketulenan Emas


Karat adalah  ukuran ketulenan bg emas didalam aloi.Setiap karat mewakili nisbah ketulenan 1/24 yg menunjukan berapa banyak bahagian dalam 24 adalah tulen.Oleh itu 24 karat emas adalah tulen@pure,manakala 18 karat emas 3/4 emas dan 1/4 aloi

Berikut adalah beberapa contoh karat yg biasa digunakan

24k - 0,999,000 ketulenan emas
22k - 0,916,000 ketulenan emas
18k - 0,750,000 ketulenan emas
14k - 0,585,000 ketulenan emas
  9k - 0,375,000 ketulenan emas


Kenapa perlu menyimpan emas?

* Emas adalah kekayaan sebenar
* Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
* Nilai mata wang kertas sentiasa jatuh dalam jangkaan panjang
* Sesuatu aset yg unggul
* Tidak boleh dimanipulasi
* Kenaikan harga emas melebihi 25% dalam setahun

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yg bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah dinar(emas) dan dirham(perak) utk digunakan"

[Hadith riwayat Imam Ahmad Ibn Hambal]

No comments:

Post a Comment