Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Disini saya ingin kongsikan serba sedikit bagaimana caranya utk membersihkan emas perhiasan anda agar sentiasa kelihatan cantik.Kebiasaan emas perhiasan yg anda pakai lama kelamaan ia akan mula nampak
kusam sehinggakan anda mencari bagaimana cara utk dapatkan kecantikan emas perhiasan anda kembali.Ini kerana berpunca daripada minyak@peluh yg dikeluarkan oleh kulit anda dan juga daripada unsur-unsur semulajadi didalam kegiatan seharian anda.Kebanyakkan ramai dikalangan kita yg mengambil langkah utk menghantarkannya ke kedai utk dibersihkan secara profesional,pada hal utk membersihkan emas perhiasan tersebut anda tidak memerlukan kos yg tinggi atau produk yg mahal yg berjenama khas.Anda hanya memerlukan bahan-bahan yg digunakan dalam kehidupan seharian anda,saya akan cuba memberi sedikit panduan utk anda mencubanya sendiri dirumah...
Bahan-bahannya
* sediakan berus gigi (soft) yg sudah tidak digunakan* bekas air
* bahan pencuci lembut (sunlight)
* kain yg bersih@kain pengilap
Langkah-langkahnya
* Ambil air panas dan masukan kedalam bekas yg hendak digunakan.Besar kecik bekas@isipadu air dlm bekas bergantung pada jumlah barang emas yg anda hendak bersihkannya
* Letakkan sedikit bahan pencuci (sunlight) kedalam air panas tadi dan pastikan bahan pencuci tadi larut secukupnya
* Masukkan emas yg hendak dicuci tadi kedalam air tadi dan biarkan sekurang-kurangnya 45 minit agar daki-daki kotoran tadi menjadi kembang dan memudahkan proses pembersihan nanti
* Setelah sampai tempohnya tadi gosokkan perhiasan emas anda perlahan-lahan@lembut agar tidak merosakkan perhiasan tersebut dan juga menanggalkan batu permata pada perhiasan,sekiranya ada perhiasan emas anda yg mengunakan batu permata.Gosok dicelah-celah yg berdaki dan dicelah-celah batu permata serta dibahagian yg boleh menyebabkan batu permata menjadi kusam iaitu dibahagian yg tersentuh kulit anda ketika memakainya.
* Kemudian setelah anda berpuas hati dgn tahap kebersihannya,anda perlu membilasnya dengan air yg bersih dan pastikan ia betul-betul bersih daripada air campuran pencuci tadi.
* Keringkan emas perhiasan anda tadi dan pastikan betul-betul kering kerana perhiasan yg lembab membolehkan kotoran cepat melekat padanya
* Last sekali anda perlu mengelap emas perhiasan tadi dgn perlahan-lahan@lembut dengan menggunakan kain yg bersih@kain pengilap agar emas perhiasan anda kelihatan cantik bersinar seperti baru.
Sekian terima kasih dan selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment